Bing Kini Lebih Sosial Bersama Data Facebook

Bing Kini Lebih Sosial Bersama Data Facebook

Diterbitkan pada Okt 14, 2010 oleh .

Hari ini, Facebook dan Microsoft memperlihatkan kerjasama yang lebih mendalam lagi dalam perkhidmatan carian sedia ada mereka, dimana melaluinya Bing akan menambah lebih banyak data sosial daripada Facebook kedalam enjin carian pada Bing.

Mulai hari ini, pada enjin carian Bing, ianya akan mula mengenal-pasti akaun Facebook para pengguna sekaligus memperlihatkan pautan yang di”Like” oleh rakan-rakan anda pada Facebook sekiranya anda membuat sesuatu carian dan ianya berkaitan dengan apa yang rakan anda kongsikan. Ianya sekaligus memudahkan anda membuat keputusan untuk sesuatu perkara dengan mudah, seperti contoh, sekiranya anda mencari lokasi untuk makan, mahupun filem baru di pawagam.

Pada masa yang sama, memandangkan lebih kurang 4% carian pada Bing adalah carian berkaitan nama orang, kini dengan data bersama-sama daripada Facebook, mereka berharap dapat memperlihatkan sesuatu perkara yang akan memuaskan hati pengguna. Selain daripada itu, pada masa akan datang, ianya juga diperkatakan yang mana Bing akan memperlihatkan data-data daripada Facebook Places dan juga Facebook Photos.

Bagi para pengguna yang tidak meminati perkara ini, anda boleh menutup fungsi ini dengan pergi ke halaman Facebook Privacy Settings dan nyah-pilih Bing padanya.


TIPS & ULASAN