Cari @ Amanz

Skype hari ini mengumumkan pelancaran generasi baru aplikasi panggilan suara dan video mereka, iaitu Skype 5.0 untuk pengguna Windows, yang mana membawakan beberapa fungsi baru, termasuk integrasi yang amat mendalam bersama Facebook, serta fungsi pemulihan panggilan sekiranya terputus ketika panggilan sedang berlaku.


Fungsi Facebook Secara Terus Daripada Skype [via]


Panggilan Video Secara Berkumpulan Melalui Skype [via]

Melalui Skype 5.0 untuk Windows, setelah anda log masuk padanya menggunakan Facebook Connect, anda akan dapat melihat pelbagai perkara berkaitan dengan Facebook, termasuk pelbagai kemaskini status rakan-rakan anda secara terus daripada antaramuka Skype. Selain daripada itu, anda juga kini boleh membuat panggilan secara terus kepada rakan Facebook anda dengan mudah. Dan untuk melakukannya, seperti biasa, rakan Facebook anda juga perlulah merupakan pengguna Skype.

Selain daripada fungsi pemulihan panggilan sekiranya panggilan tersebut terputus dipertengahannya, Skype 5.0 untuk Windows turut membawakan antaramuka yang ditambah-baik lagi berbanding sebelumnya. Skype buat masa kini mempunyai lebih kurang 560 juta pengguna, dan dengan pengenalan pengintegrasian Facebook ini, ianya bakal menguntungkan serba sebanyak kepada peningkatan pengguna Skype, dimana selain panggilan video dan suara yang biasa, ianya juga turut kini menyokong panggilan berkumpulan dengan mudah.

Buat masa ini, masih lagi tidak diketahui berkenaan bilakah versi baharu untuk Mac OS X dan Linux akan dilepaskan. Namun begitu, para pengguna Windows sudah boleh memuat-turun Skype 5.0 untuk Windows, dan mencuba pengintegrasian Facebook padanya serta merta.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd