Rais : Blackberry Tidak Akan Di Haramkan

Rais : Blackberry Tidak Akan Di Haramkan

Diterbitkan pada Okt 15, 2010 oleh .

Setelah menjadi tanda tanya sekian lama, akhirnya kini ianya telah disahkan yang mana penggunaan perantian Blackberry tidak akan diharamkan di Malaysia. Ianya dimaklumkan yang mana pihak kerajaan yakin dengan sekuriti dan simpanan dan penghantaran data melalui perantian Blackberry.

Buat masa ini, ianya diperkatakan yang mana kerajaan Malaysia tidak akan menghalang penggunaan Blackberry seperti beberapa negara lain, memandangkan tiada sebarang laporan negatif berkenaan penggunaannya yang diterima di negara ini.

Ianya turut dimaklumkan yang mana pihak kerajaan telah pun mengadakan perbincangan bersama-sama dengan Research In Motion (RIM), syarikat pembangun perantian Blackberry dalam membincangkan isu berkenaan sekuriti dan sebagainya, dan kini ianya dimaklumkan yang mana Blackberry tidak akan diharamkan di Malaysia.


TIPS & ULASAN