CIMB boleh dikatakan antara bank yang mengikuti perkembangan teknologi dengan cemerlang, dimana selepas memperkenalkan aplikasi khas untuk iPhone dan Android, kini aplikasi CIMBClicks yang mesra iPad juga turut sama telah diperkenalkan.
Sama seperti aplikasi untuk iPhone, ianya membawakan fungsi yang serupa, dimana melalui aplikasi tersebut, para pengguna boleh menyemak baki akaun CIMBClicks mereka dengan mudah, selain membuat kiraan pinjaman perumahan, ataupun menyemak tukaran wang asing dengan mudah secara terus melalui iPad mereka. Pada masa yang sama, aplikasi tersebut juga memperlihbatkan senarai cawangan dan ATM terdekat dengan lokasi anda dengan pantas dan mudah terus pada skrin iPad anda.
Bagi para pengguna iPad yang berminat, mereka sudah boleh memuat-turun CIMBClicks untuk iPad mereka secara terus daripada App Store secara percuma.