Maxis Bakal Membawa Masuk HTC Desire Z

Maxis Bakal Membawa Masuk HTC Desire Z

Diterbitkan pada Okt 15, 2010 oleh .

Nampaknya, tidak lama lagi HTC Malaysia akan memperkenalkan HTC Desire HD dan juga Desire Z di negara kita. Ianya dijangkakan yang mana kedua-dua keluarga baru Desire ini akan diperkenalkan pada penghujung bulan Oktober ini, ataupun selewatnya pada awal November kelak.

Sama seperti model Desire sebelum ini, juga HTC Desire Z dijangka akan dijual oleh Maxis melalui pakej pelan khasnya, dan juga secara berasingan tanpa sebarang kontrak. Namun begitu, harga jualannya masih lagi belum diketahui buat masa ini. Kami menjangkakan yang mana HTC Desire HD juga turut sama akan ditawarkan oleh Maxis seperti telefon pintar Android yang lain.

HTC Desire HD dan HTC Desire Z telah diperkenalkan oleh HTC kepada umum pada pertengahan bulan September yang lalu, yang mana masing-masing membawakan pelbagai perkara baru, disamping sokongan kepada HTC Sense yang baru dan ditambah baik.


TIPS & ULASAN