Cukai Jualan Telefon Bimbit Di Malaysia Di Mansuhkan

Cukai Jualan Telefon Bimbit Di Malaysia Di Mansuhkan

Diterbitkan pada Okt 15, 2010 oleh .

Melalui Belanjawan 2011, Perdana Menteri Malaysia hari ini mengumumkan yang mana cukai jualan telefon mudah-alih akan dimansuhkan sekaligus menjadikan telefon mudah alih biasa yang tertakluk kepada 10% cukai jualan dan telefon pintar bebas daripada cukai menerusi Perintah (Pengecualian) Cukai Jualan 2008.

Ini sekaligus akan membolehkan orang ramai untuk memiliki pelbagai jenis telefon mudah-alih pada harga yang sedikit murah berbanding sebelumnya. Ianya masih lagi tidak pasti samaada perantian mudah-alih yang lain yang mana turut mempunyai fungsi menyerupai telefon pintar, seperti PC tablet dan sebagainya akan bebas cukai jualan ataupun tidak.

Namun begitu, ianya merupakan salah satu langkah yang menarik daripada para pemerintah dalam usaha untuk meningkatkan kadar penembusan teknologi di Malaysia. Sehingga kini, di Malaysia terdapat pelbagai jenis telefon mudah-alih, termasuk, Android, iPhone, Symbian dan juga Windows Phone 7 yang akan mula dijual mulai bulan hadapan.

Imej : MalaysiaKini


TIPS & ULASAN