Peralatan Jalur Lebar Di Kecualikan Cukai Sehingga 2012

Peralatan Jalur Lebar Di Kecualikan Cukai Sehingga 2012

Diterbitkan pada Okt 15, 2010 oleh .

Dalam usaha meningkatkan lagi kadar penembusan jalur lebar di Malaysia, hari ini, Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap Menteri Kewangan, mengumumkan yang mana segala peralatan jalur lebar dikecualikan cukai selama tempoh dua tahun sehingga 2012.

Pengecualian cukai jualan dan juga duti import ke atas barang-barang dan peralatan jalur lebar itu dipanjangkan untuk tempoh dua tahun lagi sehingga 2012, membolehkan para penduduk di Malaysia memasang dan menggunakan jalur lebar dengan kos yang rendah, sekaligus mengalakkan mereka mempunyai sambungan jalur lebar dengan mudah.

Peralatan jalur lebar yang dimaksudkan oleh beliau berkemungkinan besar adalah termasuk dengan modem mudah-alih, serta modem dan beberapa perkakasan lain yang digunakan untuk disambungkan kepada perkhidmatan jalur lebar. Ini juga pada masa yang sama menjadikan kos pemasangan UniFi yang sedang diperkenalkan secara berperingkat di Malaysia pada harga yang minimum.

Mungkin kita akan dapat melihat beberapa promosi untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar daripada pelbagai penyedia di Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN