Android Versi Akan Datang Di Panggil “Ice Cream”

Android Versi Akan Datang Di Panggil “Ice Cream”

Diterbitkan pada Okt 16, 2010 oleh .

Sementara kita semua masih menunggu pelepasan SDK untuk Android Gingerbread, kini ianya mula kedengaran yang mana Google telah pun memberikan nama kod untuk versi Android akan datang selepas Gingerbread dan Honeycomb, iaitu Android “Ice Cream”.

Seperti sedia maklum, SDK Gingerbread dijangka akan dilepaskan minggu hadapan, diikuti dengan Android Gingerbread yang akan dilepaskan tidak lama lagi. Selepas itu Honeycomb pula dijadualkan untuk dilepaskan kepada umum pada suku awal tahun hadapan, dan Android “Ice Cream” ini dijangka akan dilepaskan pada pertengahan bulan September 2011 kelak.

Dalam pemilihan nama Android ini, Google masih mengikut tradisi dimana menggunakan nama makanan dan juga mengikut urutan abjad. Pada masa yang sama, Android “Ice Cream” juga dijangka akan menjadi Android 4.0. Namun ianya tidak disahkan lagi buat masa ini. Versi terakhir Android yang telah dilepaskan adalah Android 2.2 “Froyo” pada bulan Mei yang lalu.


TIPS & ULASAN