Versi Stabil Google Chrome 7 Di Lepaskan

Versi Stabil Google Chrome 7 Di Lepaskan

Diterbitkan pada Okt 20, 2010 oleh .

Dengan pengenalan versi pembangunan Chrome 8.0, hari ini secara rasminya, Google telah pun mengumumkan pelepasan versi stabil Google Chrome 7.0. Ianya sekaligus, memperlihatkan yang mana Google masih lagi mengikut perancangan awal mereka untuk membawakan pelayar web versi baru setiap enam minggu sekali.

Melalui pengenalan versi stabil baru setiap enam minggu, ianya membolehkan pelbagai masalah yang dikenal-pasti diselesaikan lebih pantas, selain membawakan inovasi dan pelbagai teknologi pelayaran web baru dengan lebih pantas kepada para penggunanya.

Melalui Chrome 7 ini, Google memfokuskan secara utamanya untuk menyelesaikan pelbagai masalah pepijat yang telah ditemui. Selain daripada itu, beberapa aplikasi untuk pembangun juga diperkenalkan, termasuk sokongan AppleScript untuk Mac OS X, sokongan untuk memuat-naik keseluruhan direktori, dan juga pengenalan fail API HTML5.

Bagi yang menggunakan Google Chrome, ianya akan dikemaskini secara automatik, dan mungkin anda tidak perlu bimbang akan sebarang perkara. Dan sekiranya anda berminat, mungkin anda juga boleh mencuba Google Chrome 8.0-dev hari ini.


TIPS & ULASAN