Cari @ Amanz

Microsoft Memperkenalkan Office 365

Oleh Aman

Link Copied!

Jikalau sebelum ini Microsoft memperlihatkan video yang mengutuk OpenOffice, kini Microsoft memperlihatkan strategi baru mereka dalam dunia perkomputeran awan melalui produk baru mereka, Office 365 yang membawakan beberapa fungsi baru dalam pengurusan dokumen secara dalam talian.

Melalui Office 365, yang mana merupakan salah satu aplikasi yang berasaskan pelayar web sepenuhnya, membawakan fungsi webmail, kebolehan untuk berkerjasama secara dalam talian, dan juga pengurusan dokumen itu dikatakan bakal meningkatkan lagi produktiviti dan juga kolaborasi bersama pekerja dalam sesuatu syarikat. Selain daripada itu, ianya juga mengintegrasikan bersama fungsi SharePoint Online, Exchange Online, dan Office and Lync.

Office 365 sesuai untuk syarikat kecil dan medium, yang mana anda juga akan mendapat akses kepada Office Web Apps, pada harga $6 untuk seorang pengguna sebulan, manakala berharga $24 seorang sebulan untuk syarikat besar, yang membawakan sekali fungsi rangkaian sosial, voicemail, mesej segera portal web, sidang-suara, sidang-video, dan banyak lagi fungsi menarik yang lain.

Buat masa ini, Microsoft sedang menguji Office 365 ini lagi, dan ianya dijangka akan diperkenalkan kepada para pengguna pada tahun hadapan, bersama-sama dengan pakej khas untuk institusi pembelajaran.


Komen ()