RHB Memudahkan Transaksi Duit Ke PayPal

RHB Memudahkan Transaksi Duit Ke PayPal

Diterbitkan pada Okt 20, 2010 oleh .

Dengan penggunaan PayPal yang kian meningkat di negara kita ini, kini RHB mengumumkan kerjasama bersama PayPal yang mana membolehkan para pengguna tempatan untuk memasukkan duit ke dalam akaun PayPal secara terus melalui akaun deposit RHB.

Menariknya adalah perkhidmatan ini adalah percuma untuk semua pengguna RHB yang menggunakan RHB Internet Banking untuk mengakses servis ini. Walaubagaimanapun, ianya mempunyai tetapan masa untuk anda boleh menghantar duit dari akaun RHB ke akaun PayPal, bergantung kepada tetapan pada akaun PayPal anda.

Sekiranya anda menggunakan alamat Malaysia pada akaun PayPal, anda boleh melakukan transaksi antara kedua-dua perkhidmatan ini dalam Ringgit Malaysia untuk 24 jam setiap hari, manakala sekiranya menggunakan alamat US, anda hanya boleh menghantar duit antara 9.30 pagi hingga 8.00 malam sahaja, pada hari bekerja.

Sekiranya anda merupakan pengguna RHB, anda boleh mengakses perkhidmatan ini dengan log masuk kedalam RHB Internet Banking, dan seterusnya memilih Prepaid Services, dan seterusnya memilih menu Top Up PayPal Account.


TIPS & ULASAN