#Oct23rdTwtUp – TwtUp Terbesar Di Malaysia

#Oct23rdTwtUp – TwtUp Terbesar Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 21, 2010 oleh .

Dalam usaha untuk mempromosikan persahabatan dan kesatuan yang dibangunkan melalui laman Twitter dan juga secara dalam talian, sebuah TweetUp (Twitter + Meetup) tempatan telah pun dirancang, yang mana bakal diadakan pada penghujung minggu ini, 23 Otkober 2010 bertempat di Pusat Komuniti TTDI.

Walaupun sebelum ini, pernah diadakan beberapa tweetup tempatan di beberapa lokasi di sekitar Malaysia, menariknya mengenai #Oct23rdTwtUp ini adalah dimana ianya bakal menjadi twtup terbesar di negara kita. Ketika artikel ini ditulis, seramai 493 orang telah pun menyatakan akan datang pada laman twtup tersebut. Dengan angka kehadiran melebihi 250 orang anya juga bakal membolehkan para pengguna FourSquare tempatan untuk mendapatkan lencana Super Swarm yang pertama di Malaysia.

#Oct23rdTwtUp ini bakal berlangsung daripada pukul 4 petang sehingga 12 tengah malam, dan pelbagai acara menarik telah diatur sepanjang masa tersebut, dimana kawasan tweetup tersebut dibahagikan kepada 4 bahagian, iaitu kawasan pentas, kawasan permainan game (PlayStation 3), kawasan permainan papan dan kad, serta kawasan permainan berkumpulan.

#Oct23rdTwtUp ini dianjurkan oleh tiga orang rakan, yang mana menggunakan nama pengguna Twitter @KarrotGold, @AinaAzizi, dan juga @IcedNyior. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan siapa yang akan hadir, dan apakah senarai aktiviti yang akan diadakan pada #Oct23rTwtUp itu kelak pada halaman rasminya pada web TwtVite.


TIPS & ULASAN