Apple Memperlihatkan Mac OS X 10.7 Lion

Apple Memperlihatkan Mac OS X 10.7 Lion

Diterbitkan pada Okt 21, 2010 oleh .

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Apple telah pun mengadakan sidang media “Back To Mac”, serta memperkenalkan beberapa perkara menarik, dan salah satunya adalah sistem operasi generasi baru mereka, iaitu Mac OS X 10.7 dengan nama kod “Lion”

Beberapa perkara baru diperkenalkan oleh Apple melalui sistem operasi baru mereka, dan salah satunya adalah Mac App Store, iaitu sama seperti iOS App Store untuk iPhone dan iPad, Mac App Store berfungsi untuk Mac OS X, memudahkan para pengguna untuk mencari, memasang dan mengemaskini segala aplikasi desktop secara automatik.

Seterusnya, untuk memudahkan kawalan kesemua aplikasi Mac, Launchpad turut sama diperkenalkan oleh Apple pada Mac OS X Lion. Launchpad juga pada masa yang sama membawakan sokongan penuh kepada keseluruhan sistem untuk membolehkan aplikasi dilihat pada skrin penuh. Anda boleh ke mode skrin penuh dengan hanya satu klik sahaja pada Mac OS X Lion kelak.

Apa yang diperlihatkan ini baru sahaja sedikit, dan masih lagi belum lengkap sepenuhnya. Namun begitu, Apple sudah pun memperlihatkan apakah yang akan dibawakan oleh sistem operasi generasi baru mereka kelak. Mac OS X Lion dijangka akan dilepaskan kepada para pengguna pada tahun hadapan.

Selain daripada itu, fungsi baru lain yang diperkenalkan adalah termasuk Mission Control, yang mana membawakan salah satu cara inovatif yang serba baru dalam memperlihatkan segala perkara yang sedang digunakan pada Mac. Pada masa yang sama, ianya juga memudahkan anda bernavigasi dengan lebih pantas ke mana-mana sahaja, sekaligus menjimatkan masa anda serba sebanyak.

Mac OS X Lion dikatakan membawa kebanyakkan idea barunya daripada iPad kepada Max, selain beberapa fungsi baru seperti Mission Control, yang mana dijangka akan diminati sepenuhnya oleh para pengguna Mac.


TIPS & ULASAN