Selain daripada Mac OS X 10.7 Lion yang diperkenalkan Apple hari ini, mereka juga pada masa yang sama memperkenalkan generasi baru aplikasi iLife mereka, iaitu iLife ’11 yang membawakan pelbagai perubahan kepada keseluruhan aplikasi dibawahnya, termasuk iPhoto, iMovie, dan GarageBand yang telah pun dimodenkan sepenuhnya.
iPhoto ’11 membawakan pelbagai kemaskini menarik, didatangkan bersama-sama dengan fungsi baru, tema slideshow. Dengannya, anda boleh melihat imej dan gambar anda dengan lebih menarik lagi. Selain daripada itu, kebolehan perkongsian pada Facebook dan emel juga turut sama ditambah pada iPhoto ’11, menjadikan perkongsian lebih mudah dan senang. Pada masa yang sama, ianya juga didatangkan dengan fungsi skrin penuh sama seperti pada aplikasi iPad.
iMovie ’11 [via]
Selain daripada iPhoto ’11, iMovie ’11 turut sama membawakan beberapa perkara baru, termasuk fungsi editi audio yang diberikan nafas baru, serta kebolehan untuk menambah efek pada video dengan hanya satu klik sahaja. Tambahan lagi, iMovie ’11 turut membawakan fungsi People Finder, dimana ianya boleh mengenali individu pada klip video, serta pada masa yang sama kebolehan untuk membuat trailer filem dengan amat mudah sekali. Sama seperti pada iPhoto ’11, iMovie ’11 turut membawakan fungsi perkongsian, dimana anda kini boleh berkongsi pada Facebook dan Vimeo dengan mudah sekali.
GrooveMatching Pada GarageBand ’11 [via]
GarageBand ’11 juga membawakan pelbagai perkara baru, termasuk lebih banyak efek untuk gitar dan amp, serta pengajaran gitar dan piano yang ditambah lagi, serta fungsi bagaimana menggunakan GarageBand ’11. Pada masa yang sama, ianya turut sama membawakan fungsi Groove Matching, dimana melaluinya ianya menjadi penyemak kepada rima, dan membetulkannya sekiranya terdapat sebarang rima yang tidak bersesuaian.
iLife ’11 sudah boleh didapati mulai hari ini, dimana caj kemaskini sebanyak $49 dikenakan, selain turut didatangkan secara percuma bersama beberapa perantian Mac yang baru.