Cari @ Amanz

Salah satu perkara menarik yang turut sama diumumkan oleh Apple hari ini selain daripada Mac OS X 10.7 Lion dan juga iLife ’11 adalah fungsi FaceTime untuk Mac. Sebelum ini, fungsi FaceTime telah pun diperkenalkan pada iPhone 4 dan juga iPod Touch, dan kini fungsi tersebut dibawakan kepada Mac.


FaceTime Pada Mac
Fungsi Facetime untuk Mac ini juga secara automatiknya menggunakan senarai rakan anda dari Address Book, sekaligus tidak perlu untuk anda mencari kenalan baru, ataupun perlu menambah rakan anda untuk mula menggunakannya. Pada masa yang sama, memandangkan Mac didatangkan dengan kamera dan mikrofon terbina, ianya tiada sebarang masalah untuk para pengguna FaceTime berhubung dengan rakan-rakan mereka, samaada pada Mac, iPhone 4 ataupun pada iPod Touch.

Sekiranya anda merupakan salah seorang pengguna Mac, anda boleh memuat-turun versi beta FaceTime hari ini, dan mula bersembang dengan rakan-rakan anda dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd