Aper.MY – Laman Sosial Terkini Di Malaysia

Aper.MY – Laman Sosial Terkini Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 21, 2010 oleh .

Selain daripada Ikon.MY dan juga Faces.MY yang masih dalam proses pembangunan, salah satu laman rangkaian sosial terkini di Malaysia adalah Aper.MY, yang mana menggunakan medium bahasa Malaysia pada laman mereka, selain membawakan pelbagai fungsi rangkaian sosial asas seperti laman-laman lain.


Laman Utama Aper.MY

Aper.MY merupakan salah satu laman sosial yang menawarkan medium interaksi dan juga komunikasi di antara para penggunanya samaada dalam berkongsi maklumat, berhibur, bersosial dan sebagainya. Pada masa yang sama, Aper.MY juga menyediakan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menyeronokkan khas untuk ahlinya, serta menyediakan pelbagai ganjaran menarik untuk penggunanya.

Secara amnya, antaramuka laman tersebut berkonsepkan ceria, selain membawakan beberapa fungsi laman sosial yang menyerupai Facebook, termasuk kebolehan mengemaskini status dan juga sembang. Namun menariknya, ianya menggunakan sistem memberi markah, dimana ianya bakal boleh diubah untuk ganjaran istimewa yang ditawarkan oleh Aper.MY.


Laman Profail Pada Aper.MY

Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang perlu diperbaiki adalah penggunaan bahasa pada laman Aper.MY dimana ianya menggunakan bahasa Malaysia seperti bahasa SMS sekaligus memperlihatkan kecacatan bahasa, walaupun mungkin ianya digunakan untuk bertujuan menarik minat para pengguna remaja menggunakan laman tersebut.

Buat masa ini, Aper.MY masih lagi pada peringkat Beta, dan mungkin banyak lagi fungsi baru akan dibawakan oleh laman tersebut pada masa depan kelak. Anda boleh mendaftarkan diri padanya dan mula menggunakan laman sosial ini, selain memberikan komen anda berkaitan laman tersebut pada ruangan komen dibawah.


TIPS & ULASAN