Samsung Galaxy Tab yang dinantikan sekian lama, akhirnya telah pun dilancarkan oleh Samsung hari ini bersama-sama dengan Maxis. Samsung Galaxy Tab kini menjadi tablet kedua Android yang dilancarkan di Malaysia, selepas CSL DroidPad.
Pelancaran Samsung Galaxy Tab Di Malaysia
Samsung Galaxy Tab ditawarkan pada harga RM2699 di Malaysia. Namun begitu, anda boleh mendapatkannya dengan lebih murah sekiranya anda mengambilnya melalui pakej Maxis, dimana dengan perjanjian pakej selama 12 bulan, ianya ditawarkan pada harga RM1849 manakala hanya kurang RM100 untuk pakej selama 24 bulan.
Buat masa ini, masih tiada sebarang informasi berkaitan dimanakah ianya boleh didapati, dan pakej apakah yang diperkenalkan oleh Maxis bersama-sama dengan Samsung Galaxy Tab ini. Kami akan kemaskini dengan data berkaitan sebaik sahaja ianya diketahui. Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan Samsung Galaxy Tab, anda boleh membaca ulasan ringkas kami berkaitan Samsung Galaxy Tab sebelum ini.