Carian
Windows 7 Menyambut Ulang Tahun Pertama
October 22, 2010 Aman

Ianya sudah setahun sejak Windows 7 dilepaskan kepada umum, dan menariknya Microsoft menyambut ulang tahun kelahiran Windows 7 ini dengan suatu angka yang menarik. Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Microsoft, Windows 7 telah terjual sebanyak lebih daripada 240 juta salinan sehingga ke hari ini.

Dengan jualan yang menghampiri suku billion itu, Windows 7 kini dikatakan memegang hampir 20% daripada pasaran sistem operasi seluruh dunia. Pada masa yang sama, ianya juga diperkatakan yang mana lebih banyak syarikat akan beralih kepada Windows 7 selepas Service Pack 1 dilepaskan kelak pada tahun hadapan.

Komen