Cari @ Amanz

Seperti yang dinantikan, kini versi pembangunan Opera 11 mula menyertakan fungsi sokongan extension daripada pihak ketiga. Menariknya adalah dimana Opera menyatakan yang mana para pembangun hanya perlu mengubah sedikit sahaja daripada extension daripada Chrome, Safari dan Firefox untuk ianya disokong oleh Opera.


Opera 11 Alpha Kini Menyokong Extensions [via]

Sama seperti pembangun pelayar web yang lain, Opera juga telah menyediakan sebuah direktori khas untuk memudahkan para pengguna memuat-turun extension untuk digunakan pada pelayar web Opera dengan mudah. Pada masa yang sama, sekiranya anda merupakan seorang pembangun, anda boleh membaca artikel khas berkenaan dengan pembangunan extension yang disediakan sendiri oleh Opera, yang mana menekankan kepada standard Web seperti HTML5, CSS dan JavaScript.


Opera 11 Alpha Kini Menyokong Extensions [via]

Para pengguna yang berminat juga sudah boleh mencuba fungsi tersebut yang kini didatangkan bersama-sama dengan Opera 11 Alpha untuk Windows, Mac dan juga Linux. Walaubagaimanapun, ianya perlulah diberi perhatian yang mana ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, dan mungkin terdapat beberapa perkara yang masih lagi bermasalah padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd