Demo Aplikasi Twitter Untuk Windows Phone 7

Demo Aplikasi Twitter Untuk Windows Phone 7

Diterbitkan pada Okt 22, 2010 oleh .

Sama seperti untuk perantian mudah alih yang lain, twitter juga turut sama telah menyediakan aplikasi Twitter rasmi untuk Windows Phone 7 yang bakal mula dijual di Malaysia tidak lama lagi. Sebelum ini, Twitter telah pun memperkenalkan aplikasi rasminya untuk Blackberry, iPhone dan juga Android.


Lihat Demo Terkini di Channel 9 (Silverlight)

Aplikasi Twitter untuk Windows Phone 7 kelihatan menarik sekali, dengan antaramuka yang bersih dan kemas. Selain daripada itu, ianya juga menggunakan antaramuka slide-tepi yang mana menjadi salah satu fungsi utama pada pelbagai aplikasi Windows Phone 7. Ini sekaligus memudahkan anda untuk berpindah daripada suatu pautan ke pautan lain dengan hanya slide ke arah kiri atau kanan.

Windows Phone 7 merupakan salah satu sistem operasi telefon pintar terkini daripada Microsoft, dan di Malaysia ianya akan didatangkan bersama HTC HD7 dan juga HTC 7 Mozart, dan dijangka akan mula dijual tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN