MentariWorks Ke Arah CMS – MentariCMS

MentariWorks Ke Arah CMS – MentariCMS

Diterbitkan pada Okt 22, 2010 oleh .

Mungkin ramai rakyat Malaysia yang mengikuti berita tempatan sudah mengenali akan MentariWorks dengan projek-projek mereka yang menarik, termasuk FeedMalaya, Faces.MY, Kreative.MY, MentariCSS, InfoMalaya dan banyak. Menariknya, kini mereka bakal muncul dengan projek baru mereka iaitu MentariCMS.


Antaramuka MentariCMS

CMS seperti mana ramai sedia maklum, adalah salah satu aplikasi berasaskan web yang memudahkan pentadbiran dan pengurusan sesuatu laman web itu. Antara CMS yang popular adalah termasuk Joomla, Drupal, dan ramai yang mengatakan yang mana WordPress juga merupakan salah satu CMS.

Daripada apa yang diperlihatkan pada MentariCMS, ianya membawakan suatu aplikasi pengurusan web yang ringkas dan menyeluruh, termasuk dengan kebolehan untuk membuat artikel baru, melihat statistik, serta menghantar pos secara terus ke laman Twitter dengan mudah.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui samaada pihak pembangunnya, MentariWorks akan memperkenalkan MentariCMS ini untuk dimuat-turun oleh semua dan digunakan secara percuma, ataupun mereka akan menggunakan MentariCMS ini untuk memulakan sebuah platform blog atau mikroblog yang serba baru ditujukan kepada para pengguna tempatan.


TIPS & ULASAN