Super Swarm Pertama Di Malaysia Pada #Oct23rdTwtUp

Super Swarm Pertama Di Malaysia Pada #Oct23rdTwtUp

Diterbitkan pada Okt 24, 2010 oleh .

Seperti sedia maklum, FourSquare merupakan salah satu rangkaian sosial yang berasaskan lokasi, dimana para pengguna diperlukan untuk “cek-in” di kawasan dan lokasi yang mereka sampai dan kongsikannya bersama rakan-rakan mereka yang lain. Menariknya, buat pertama kali di Malaysia, Super Swarm Badge pertama telah pun didapatkan oleh para pengguna FourSquare yang menghadiri TwtUp terbesar di Malaysia.

Bersempena dengan #Oct23rdTwtUp, para pengguna FourSquare juga mendapat lencana yang amat dinantikan mereka, iaitu lencana Super Swarm Badge, dimana lencana tersebut memerlukan lebih daripada 250 orang pengguna FourSquare berada di lokasi tersebut pada suatu-suatu masa yang sama.

Buat masa ini, angka rasmi berapa ramai yang hadir ke #Oct23rdTwtUp masih lagi belum dikeluarkan lagi, namun begitu, ianya adalah salah satu acara tweetup terbesar di Malaysia setakat ini, dimana ianya turut ditayangkan kepada umum melalui webcam di LiveStream.


TIPS & ULASAN