Chromium 9 Dilepaskan – Chrome 9 Akan Datang

Chromium 9 Dilepaskan – Chrome 9 Akan Datang

Diterbitkan pada Okt 24, 2010 oleh .

Baru sahaja versi stabil terbaru Google Chrome 7 dilepaskan tempoh hari untuk pengguna Windows, Linux dan Mac, kini pembangunan Chromium telah pun mencapai Chromium 9.0 sekaligus memperlihatkan yang mana Google Chrome 9 untuk versi pembangun akan dilepaskan dalam masa beberapa beberapa hari sahaja lagi.


Chromium 9.0 [via]

Menariknya, apa yang dapat kita lihat adalah dimana Chromium 8 baru sahaj dilepaskan dua minggu yang lalu, sekaligus diikuti dengan pelepasan Google Chrome 8 untuk saluran pembangun. Jikalau diikutkan dengan jadual pembangunan Google Chrome, sepatutnya sesuatu versi itu mengambil jangka masa lebih kurang 6 minggu. Namun, ianya dilihat, Google telah mempercepatkan lagi pembangunan pelayar web mereka itu.

Google Chrome 8 buat masa ini masih lagi dalam versi pembangunan, dan membawakan beberapa fungsi baru yang menarik, termasuk kebolehan Chrome Instant, Remoting, dan juga Background WebApps. Namun, salah satu fungsi yang bakal dibawakan oleh Chrome 9 kelak adalah fungsi hardware acceleration untuk grafik dan imej.

Seperti kebiasaannya, para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun versi pembangunan Chromium pada halaman rasmi mereka, tidak kira sistem operasi apa yang digunakan oleh anda.


TIPS & ULASAN