Avira Memperkenalkan Produk Bersama TuneUp Utilities

Avira Memperkenalkan Produk Bersama TuneUp Utilities

Diterbitkan pada Okt 24, 2010 oleh .

Pembangun antivirus dan aplikasi keselamatan IT terkemuka, Avira, kini secara rasminya telah pun mengumumkan pakej istimewa untuk buat waktu yang terhad, dimana aplikasi Avira AntiVir Premium akan didatangkan bersama-sama dengan TuneUp Utilities pada harga yang amat murah, bermula daripada harga serendah RM69.

Melalui pakej yang dikenali dengan nama “Double Value + Double Speed”, Avira SEA menjadi yang pertama memperkenalkan pakej menyertakan perisian pihak ketiga bersama-sama dengan antivirus mereka pada suatu harga yang amat rendah sekali. Melaluinya juga, para pengguna boleh menikmati pelbagai fungsi daripada kedua-dua perisian pada suatu harga.

Bagi yang tidak ketahui, Avira menawarkan keselamatan kepada PC pengguna, selain mengelakkan daripada komputer para pengguna dijangkiti virus yang tidak dingini, serta didatangkan dengan fungsi baik pulih terbina padanya, manakala TuneUp Utilities membolehkan para pengguna menjadikan prestasi komputer mereka lebih pantas, selain menyelesaikan pelbagai masalah komputer, serta menjaganya seperti komputer yang baru.

Pakej edisi terhad ini menawarkan lesen untuk sehingga 5 orang pengguna, dan akan mula dijual di pasaran mulai 26 Oktober 2010 kelak. Para pengguna yang berminat boleh mendapatkannya pada harga serendah RM69 di pelbagai kedai IT diseluruh negara.


TIPS & ULASAN