PhotoWalk – Sejarah Lebih Menarik Dan Interaktif

PhotoWalk – Sejarah Lebih Menarik Dan Interaktif

Diterbitkan pada Okt 24, 2010 oleh .

Seperti sedia maklum, gambar menyampaikan pelbagai informasi dengan mudah dan pantas daripada apa yang cuba disampaikan melalui perkataan. Mengambil konsep itu para pembangun daripada PhotoKaki.com, kini memperkenalkan idea baru mereka, PhotoWalk, membolehkan para pengguna memuat-naik gambar dengan mudah, dan seterusnya para pengguna yang melihat laman tersebut boleh mengikuti perkembangan sesuatu lokasi dengan mudah mengikut latar masa yang ditetapkan.


Pasukan Di Sebalik PhotoKaki.com

Pada masa kini, kebanyakkan perantian mudah alih didatangkan dengan kamera, serta juga fungsi geo-tagging yang diintegrasikan padanya. Dan pada masa yang sama, ramai juga yang gemar kongsikannya pada laman sosial dengan mudah secara terus melalui telefon pintar mereka. Melalui PhotoWalk, mereka ingin menyediakan sebuah platform untuk mengikuti pelbagai kemaskini sesuatu lokasi dengan mudah secara terus daripada aplikasi telefon pintar mereka kelak.


PhotoWalk Bakal Memudahkan Melihat Gambar Dan Imej Mengikut Latar Masa

Selain memudahkan para pengguna mengikuti pelbagai perkara menarik dengan mudah melalui gambar dan imej, melalui PhotoWalk juga, para pengguna boleh melihat sejarah sesuatu tempat dan lokasi dengan mudah secara terus dengan gambar, sekaligus akan memberikan efek yang lebih besar, dan memudahkan para pengguna mengikuti sejarah sesuatu lokasi itu dengan lebih mudah.


TIPS & ULASAN