FindMiddle – Ketahui Lokasi Pertemuan Yang Sesuai

FindMiddle – Ketahui Lokasi Pertemuan Yang Sesuai

Diterbitkan pada Okt 24, 2010 oleh .

Salah satu perkara yang menjadi masalah ketika ingin berjumpa dengan rakan, adalah pemilihan lokasi yang sesuai, dimana tidak jauh dan dekat dengan mana-mana pihak. Untuk menyelesaikan perkara ini, idea FindMiddle diketengahkan pada StartupWeekend KL yang diadakan sepanjang hujung minggu ini,

Melalui FindMiddle, ianya menggunakan data geolokasi dan juga Google Maps dalam memperlihatkan tempat pertemuan sesuai bagi kedua-dua pihak. Untuk mula menggunakannya, emel kedua-dua pihak perlu dimasukkan pada kotak yang disediakan, dan memandangkan laman tersebut menggunakan fungsi geo-lokasi, lokasi semasa anda akan diketahui dengan serta merta dengan mudah. Seterusnya, rakan anda akan mendapat emel, dan selepas lokasi kedua-dua pihak diketahui, suatu titik pertemuan tengah akan ditetapkan, sekaligus memudahkan kedua-dua pihak bertemu tanpa sebarang masalah.


TIPS & ULASAN