Setelah kejayaan Windows 7 yang sudah pun mencapai jualan sebanyak hampir suku billion, kini seperti semua ketahui, Microsoft sedang giat membangunkan Windows 8. Menariknya, kini beberapa petanda memperlihatkan yang mana Windows 8 ini akan dilepaskan pada tahun 2012 kelak.
Jikalau apa yang diperkatakan ini adalah benar, maka berkemungkinan besar kita akan dapat melihat versi pembangunan Windows 8, iaitu mungkin Windows 8 Beta seawal tahun hadapan, sekaligus menjadikan Windows 8 sebagai pesaing utama untuk Mac OS X 10.7 Lion. Beberapa maklumat awal berkenaan fungsi dan perkara baru yang akan dibawakan oleh kedua-dua sistem operasi ini telah sedia diketahui, dan semestinya para pengguna menantikan kejutan daripada kedua-dua pembangun terkemuka ini.
Selain daripada Windows 8 dan Mac OS X Lion, antara sistem operasi lain yang turut dinantikan adalah Google Chrome OS yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi, dan juga Ubuntu 11.04 yang akan membawakan GNOME 3.0 sebagai persekitaran desktop utamanya kelak.