Lebih 458 Telah Hadirkan Diri Ke #Oct23rdTwtUp

Lebih 458 Telah Hadirkan Diri Ke #Oct23rdTwtUp

Diterbitkan pada Okt 25, 2010 oleh .

Ianya kini diketahui, daripada 608 orang yang menandakan akan hadir pada laman Twtvite untuk #Oct23rdTwtUp, sebanyak 458 orang telah hadir ke acara tweetup terbesar di Malaysia itu pada 23 Oktober yang lepas. Angka 458 orang ini adalah mereka yang telah mendaftarkan diri pada kaunter pendaftaran pada hari tersebut.

Menariknya, pada hari tersebut, selain daripada menjadi rekod pertemuan antara rakan dalam talian terbesar di Malaysia, para pengguna FourSquare tempatan juga berjaya mendapatkan lencana Super Swarm pertama di Malaysia apabila lebih daripada 250 orang pengguna FourSquare berjaya cek-in di kawasan tersebut pada hari tersebut.

Dengan kejayaan tersebut, ianya kini telah dirancang supaya aktiviti ini djadikan sebagai aktiviti tahunan, sekaligus suatu laman khas telah disediakan di Facebook dengan nama Oktober TwtFest, dan dijangka pertemuan terbesar itu akan diadakan seterusnya pada tahun hadapan lagi sekali.


TIPS & ULASAN