Jalur Lebar Berkelajuan 42Mbps Dari U-Mobile

Jalur Lebar Berkelajuan 42Mbps Dari U-Mobile

Diterbitkan pada Okt 25, 2010 oleh .

UMobile hari ini mengumumkan yang mana mereka kini telah pun mengambil langkah pertama dalam memperkenalkan rangkaian jalur-lebar mudah alih yang membawakan kelajuan sehingga 42Mbps, yang mana sekaligus menjadikannya sebagai jalur lebar terpantas sehingga kini di Malaysia.

Untuk menjayakannya, U Mobile menggunakan sambungan Dual-Cell HSPA+ yang membolehkan rangkaian untuk menghantar dan menerima data tanpa wayar menggunakan dua saluran pada masa yang sama, sekaligus mencapai angka kelajuan yang tinggi sehingga 42Mbps. Lokasi pertama yang disokong adalah Berjaya Times Square, dan ianya akan dilanjutkan ke beberapa kawasan yang lain di Lembah Klang, termasuk Subang Jaya dan Sunway, sebelum memperkenalkannya di Pulau Pinang dan Johor menjelang hujung tahun ini.

Dengan memperkenalkan teknologi baru ini, UMobile menjadi penyedia servis yang pertama di Malaysia yang telah pun memperkenalkan sokongan HSPA+ kepada para pengguna, sekaligus memudahkan para pengguna melayari internet dan menonton video dalam bentuk HD dengan mudah pada rangkaian berkelajuan sehingga 42Mbps.


TIPS & ULASAN