Jolicloud Bakal Memperkenalkan Netbook Sosial?

Jolicloud Bakal Memperkenalkan Netbook Sosial?

Diterbitkan pada Okt 26, 2010 oleh .

Mungkin ramai yang telah sedia kenali akan sistem operasi JoliCloud, yang mana antara sistem operasi terawal mengintegrasikan fungsi perkomputeran awan dan dibangunkan khas untuk pengguna netbook terutamanya. Menariknya, kini, JoliCloud diperkatakan akan memperkenalkan netbook mereka tersendiri yang didatangkan dengan sistem operasi JoliCloud mereka sedia terpasang.


Netbook Jolicloud? [via]

Ianya diperkatakan yang mana JoliCloud sedang bersiap sedia untuk menjual komputer mereka tersendiri yang mana berkemungkinan besar adalah netbook. Walaubagaimanapun, harganya masih lagi tidak diketahui buat masa ini. Namun begitu, harganya dianggarkan amat murah, untuk membolehkan mereka bersaing dengn yang lain, terutamanya Google yang bakal memperkenalkan ChromeOS tidak lama lagi.

Ianya diperkatakan yang mana untuk membangunkan netbook ini, Jolicloud telah pun bekerjasama dengan beberapa pihak, selain memanggilnya sebagai “netbook sosial”, dimana ianya boleh diaktifkan dengan hanya klik pada butang Facebook Connect sehaja, selain ditujukan kepada pasaran remaja. Memandangkan mereka mensasarkan pasaran remaja, harganya kelak dianggap akan menjadi antara yang termurah.

Selain daripada JoliCloud, Google akan turut memperkenalkan sistem operasi berasaskan perkomputeran awan mereka menjelang bulan hadapan, dan mungkin pada masa yang sama, menawarkannya bersama-sama dengan beberapa pembangun netbook dan tablet lain di pasaran. Bagi pengguna yang ingin mencuba Jolicloud, mereka boleh memuat-turunnya secara percuma daripada laman mereka, dan mencubanya pada netbook anda hari ini.


TIPS & ULASAN