Cari @ Amanz

Pembangun Flash, Adobe kini telah pun mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan Adobe Flash Player 10.1 untuk pelbagai platform sistem operasi mudah-alih, termasuk Windows Phone 7, BlackBerry, WebOS 2.0, Symbian, MeeGo dan juga LiMo.

Walaubagaimanapun, tarikh pelepasannya tidak lagi diketahui buat masa ini. Adobe baru-baru ini telah pun melepaskan Flash Player 10.1 untuk Android dan juga Google TV, membawakan sokongan Flash kepada pelbagai perantian mudah alih dari telefon pintar ke tablet.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd