Carian
Feedburner Memperkenalkan Statistik Masa-Nyata
October 26, 2010 Aman

Setelah memperkenalkan fungsi statistik masa nyata pada platform Blogspot, kini Google terus meluaskan penggunaan statistik masa-nyata mereka kepada servis Feedburner yang diambil alih oleh mereka pada tahn 2007 yang lalu.


Antaramuka Statistik Pada Feedburner

Ianya sudah sekian lama sejak Google memperkenalkan fungsi yang baru untuk Feedburner, dan dengan pengenalan fungsi statistik masa-nyata ini, ianya akan menarik minat para penggunanya dalam menggunakan kembali servis tersebut secara aktif. Melalui fungsi masa nyata ini, kini anda boleh mengikuti perkembangan dari mana datangnya pembaca, sebaik sahaja pembaca mula membacanya samaada melalui Twitter ataupun RSS.

Sekiranya anda menggunakan Feedburner Socialize untuk memperlihatkannya pada Twitter, anda akan dapat melihat perkembangan pembaca dalam masa nyata. Begitu juga sekiranya anda memberikan sebarang perkara untuk memuat-turun seperti audio atau video, anda juga boleh melihat kemaskini data statistik muat-turun dalam masa nyata.

Buat masa ini, fungsi ini masih lagi dalam peringkat beta, dan untuk menggunakannya, anda hanya perlu log masuk ke laman Feedburner seperti biasa, dan seterusnya klik pada pautan percubaan beta pada bahagian atas laman tersebut.

Komen