YTL Bakal Memperkenalkan Telefon WiMAX

YTL Bakal Memperkenalkan Telefon WiMAX

Diterbitkan pada Okt 27, 2010 oleh .

YTL Comms yang kini giat dalam membangunkan rangkaian jalur-lebar 4G mereka, yang dijangkakan akan dilancarkan pada 18 November kelak, kini diperkatakan yang mana mereka akan memperkenalkan telefon pintar mereka tersendiri yang dibangunkan dibawah platform Android. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak diketahui samaada ianya akan menggunakan nama YTL ataupun tidak.

Buat masa ini, informasi berkaitan telefon pintar tersebut masih lagi tidak diketahui sepenuhnya, dan ianya diura-urakan yang mana YTL Comms telah pun mempunyai beberapa perantian WiMAX dalam pembangunan, dan telah melantik syarikat lain dalam pembangunan dan pengeluaran telefon pintar mereka itu.


YTL Comms Mengumumkan Kerjasama Bersama ECS ICT

Walaubagaimanapun, untuk seseorang pengguna itu dapat menggunakan telefon pintar WiMAX tersebut, keseluruhan kawasan di Malaysia perlulah diliputi dengan talian WiMAX dari YTL Comms, untuk mengelakkan para pengguna kehilangan rangkaian di beberapa kawasan, sekaligus menyukarkan mereka dihubungi.

Sehingga kini, YTL telah membeli lebih 2500 pusat stesyen pemancar daripada Samsung. YTL Comms dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan WiMAX mereka pada bulan depan, 18 November, dan dijangka akan memperkenalkan harga yang amat berpatutan kepada para pengguna seluruh Malaysia.

Tips daripada @MohdIsmail. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus


TIPS & ULASAN