Yahoo! Memperkenalkan Antaramuka Yahoo! Mail Baru

Yahoo! Memperkenalkan Antaramuka Yahoo! Mail Baru

Diterbitkan pada Okt 27, 2010 oleh .

Ianya sudah lebih lima tahun sejak Yahoo! memperkenalkan antaramuka Yahoo! Mail yang baru, dan seperti yang diperkatakan sebelum ini, kini Yahoo! memperkenalkan antaramuka baru untuk perkhidmatan emel mereka, yang mana membawakan pelbagai perubahan, disamping ingin menarik balik para pengguna dalam menggunakan perkhidmatan mereka dengan lebih aktif lagi.

Yahoo! Mail Beta
Antaramuka Baru Yahoo! Mail

Menurut Yahoo!, para pengguna mereka menghabiskan lebih kurang 300 billion minit setiap bulan hanya pada Yahoo! Mail sahaja, sekaligus menjadikan produk Yahoo! Mail itu sebagai produk utama syarikat gergasi Yahoo! selain daripada Yahoo! Messenger dan yang lain-lain. Ianya diperkatakan yang mana Yahoo! telah kehilangan kebanyakkan penggunanya kepada servis baru yang menarik dengan antaramuka yang lebih ringan dan pantas, seperti pada GMail dan juga Hotmail dari Microsoft.

Untuk mengatasinya, kini Yahoo! memperkenalkan antaramuka baru melalui Yahoo! Mail Beta, yang mana membawakan pelbagai perkara menarik, termasuk kelajuan dan kepantasan yang dipertingkatkan, kawalan spam yang lebih diperketatkan, antaramuka yang seragam pada pelbagai perantian termasuk iPhone dan Android, serta diintegrasikan bersama pelbagai rangkaian sosial, termasuk Twitter dan juga Facebook. Anda boleh menguji Yahoo! Mail Beta mulai hari ini, dan sekiranya anda tidak menyukainya anda masih boleh menukarkannya kembali ke antaramuka Yahoo! Mail lama dengan mudah.


TIPS & ULASAN