Windows 7 SP1 RC Sedia Di Muat-Turun

Windows 7 SP1 RC Sedia Di Muat-Turun

Diterbitkan pada Okt 27, 2010 oleh .

Jikalau sebelum ini, Microsoft telah pun memperkenalkan Windows 7 SP1 Beta kepada para pengguna, hari ini, Microsoft telah pun mengumumkan yang mana mereka telah pun mencapai fasa RC (Release Candidate) untuk Windows 7 SP1 dan juga Windows Server 2008 R2, dan para pengguna yang berminat boleh memuat-turunnya dan mengujinya pada komputer masing-masing.

Bagi yang mengikuti perkembangan Windows 7 Service Pack 1, ianya hanyalah merupakan koleksi segala kemaskini yang telah diperkenalkan oleh Microsoft melalui Windows Update sebelum ini, selain membawakan beberapa fungsi tambahan, iaitu RemoteFX dan juga Dynamic Memory.

Windows 7 SP1 dan juga Windows Server 2008 R2 SP1 dijangka akan menemui para pengguna pada suku pertama tahun hadapan, dan sekiranya anda tidak sabar untuk menunggu untuk versi akhir Service Pack 1 tersebut, anda masih boleh menguji versi pembangunan Service Pack 1 dengan memuat-turun SP1 RC secara terus daripada Microsoft.


TIPS & ULASAN