Carian
MySpace Di Beri Nafas Baru Dalam Dunia Sosial
October 27, 2010 Aman

Dalam tidak ketinggalan dalam perang dunia rangkaian sosial, hari ini, MySpace mula memperkenalkan MySpace baru, yang mana memperlihatkan antaramuka yang diberikan nafas baru. Ianya akan diperkenalkan secara berperingkat mulai hari ini dan akan diperkenalkan kepada semua pengguna menjelang penghujung November kelak.

Kebanyakkan perkara telah diubah pada MySpace, daripada halaman utama, sehinggalah halaman profail dan yang lain-lain dalam usaha untuk mengubah MySpace menjadi dari hanya rangkaian sosial kepada sebuah destinasi hiburan sosial.

Kini, MySpace memfokuskan pengguna antara 13 hingga 35 tahun, dimana dalam perkataan lain, mereka mula memberikan perhatian kepada Generasi Y. Pada masa yang sama, kini matlamat utama MySpace adalah menjadi destinasi hibutan terkemuka didunia yang mana dijana secara sosial oleh para peminat dan pengguna. Pada masa yang sama, MySpace juga turut sama memperkenalkan logo baru MySpace secara rasminya.

Komen