Cari @ Amanz

Bersempena dengan Professional Developer Conference (PDC) 2010 hari ini, para pembangun disebalik Internet Explorer telah pun memperkenalkan versi pembangunan baru untuk untuk Internet Explorer 9, iaitu Developer Preview 6 yang mana seperti sebelumnya, membawakan pelayar web tanpa sebarang antaramuka. Pada masa yang sama, mereka turut memperkenalkan laman IE Test Drive yang serba baru.

Selain daripada itu, ianya juga turut diumumkan sama yang mana Internet Explorer 9 Beta yang diperkenalkan tempoh hari telah pun dimuat-turun oleh para pengguna seluruh dunia sebanyak lebih 10 juta kali dalam tempoh hanya enam minggu sahaja. Ianya masih lagi tidak diketahui yang mana adakah Microsoft akan memperkenalkan Internet Explorer 9 Beta 2 ataupun tidak, selain masih tidak diketahui dengan tarikh pasti pelancaran pelayar web popular dari Microsoft itu.

Melalui IE9 Preview 6, pelbagai penambah-baikkan dibawakan oleh Microsoft, dimana sokongan HTML5 yang dipertingkatkan, selain sokongan CSS3 – Transformasi 2D dan juga tag semantik HTMLs. Walaubagaimanapun, sekiranya anda bukan seorang pembangun, anda hanya akan melihat sebuah pelayar web tanpa sebarang antara-muka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd