Facebook Memperkenalkan Friendship Page

Facebook Memperkenalkan Friendship Page

Diterbitkan pada Okt 29, 2010 oleh .

Dalam usaha untuk merapatkan hubungan antara rakan, kini Facebook bakal memperkenalkan halaman rakan (Friendship Page), dimana melaluinya, ianya akan mengumpulkan kesemua interaksi anda dengan setiap rakan anda yang diperlihatkan untuk awam, termasuk wall post, gambar dimana anda berdua di tag, serta acara yang dihadiri oleh anda berdua. Kesemua interaksi ini akan diperlihatkan pada satu halaman dengan mudah dan menarik.

Selain daripada itu, Friendship Page ini juga boleh dilihat oleh rakan-rakan anda yang lain dengan mudah. Segala informasi yang diperlihatkan pada halaman ini, adalah dikumpulkan oleh Facebook berdasarkan apa yang anda telah tulis dan perlihatkannya secara awam, maka tiada sebarang masalah berkaitan privasi yang timbul oleh kerananya.


TIPS & ULASAN