Carian
Data Geocities Kelak Boleh Di Muat-Turun Melalui Torrent
October 29, 2010 Aman

Mungkin ramai yang merindui Geocities, yang mana ditamatkan oleh Yahoo! pada penghujung tahun 2009, dimana Geocities merupakan salah satu penyedia servis percuma pertama yang digunakan oleh ramai pembangun web dalam memperlihatkan kandungan mereka kepada dunia luar ketika permulaan zaman internet ketika suatu masa dahulu. Menariknya, tidak lama lagi, seluruh data Geocities kelak akan boleh dimuat-turun dalam bentuk fail Torrent yang mana kurang daripada 1 TB.

Ianya bukanlah usaha daripada pihak Yahoo!, manakala ianya di sediakan oleh Archive Team, dimana mereka tidak inginkan sejarah internet lupus begitu sahaja, dan ingin membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat-turun arkib Geocities secara percuma terus melalui torrent. Keseluruhan fail adalah bersaiz lebih daripada 900 GB, dan ianya akan dilepaskan kepada umum tidak lama lagi.

Geocities yang dimulakan tidak lama dahulu, dibeli oleh Yahoo! pada harga hampir $3 billion pada tahun 1999 ($3 billion merupakan nilai yang amat tinggi buat ketika itu). Namun begitu, dengan kemunculan harga hosting yang murah, selain pesaingan daripada Blogger dan WordPress, populariti Geocities makin merudum, dan akhirnya telah ditamatkan oleh Yahoo! pada 26 Oktober 2009.

Komen