Tesco Menawarkan iPhone 3GS Tanpa Kontrak

Tesco Menawarkan iPhone 3GS Tanpa Kontrak

Diterbitkan pada Okt 30, 2010 oleh .

Jikalau sebelum ini, iPhone ditawarkan bersama-sama dengan pakej talian pascabayar daripada penyedia telekomunikasi Malaysia, iaitu Maxis dan DiGi, kini ianya mula berubah, apabila Tesco menjadi yang pertama di Malaysia menawarkannya tanpa sebarang kontrak pada harga RM1999.


Iklan iPhone Pada Flyer Tesco [via]

Namun begitu, iPhone yang ditawarkan bukanlah iPhone 4, sebaliknya iPhone 3GS. Model yang ditawarkan adalah iPhone 3GS 32GB, dan selain daripada jualan tunai pada harga RM1999, ianya juga turut sama didatangkan dengan pakej bayaran ansuran selama 12 bulan dan 30 bulan.

Ianya tidak diketahui berapa banyak unitkah yang ditawarkan oleh Tesco, namun begitu, para pengguna yang berminat boleh mendapatkannya daripada Tesco Ampang, Mutiara Damansara, puchong, Shah Alam, Klang, Tesco Extra Selayang, Kajang, Rawang, Cheras, Kepong, Pulau Pinang dan juga Kota Bahru mulai 29 Oktober.

Kredit : Nine Over Ten


TIPS & ULASAN