Facebook Membeli Aset Dan Teknologi drop.io

Facebook Membeli Aset Dan Teknologi drop.io

Diterbitkan pada Okt 31, 2010 oleh .

Selain daripada Google, tahun ini memperlihatkan yang mana Facebook turut sama membeli beberapa syarikat dan servis berasaskan internet dan menambahnya dibawa portfolio mereka. Terkini, Facebook telah membeli drop.io yang mana menyediakan servis perkongsian media secara perkomputeran awan.

Drop.io menyediakan servis untuk memuat-naik pelbagai jenis fail dan media,termasuk gambar, video dan dokumen, untuk dikongsi bersama-sama dengan rakan anda yang lain dengan mudah. Namun begitu, amat menduka-citakan, selepas pengambil-alihan ini, servis tersebut akan ditutup. Menurut drop.io, servis tersebut akan ditutup secara rasminya pada 15 Disember, dan para pengguna berbayar tidak lagi perlu membayar selepas 15 November. Data-data pada laman tersebut juga akan dipadam sepenuhnya pada 15 Disember kelak.

Buat masa ini, masih tiada sebarang servis perkongsian yang diperkenalkan oleh Facebook, dan mungkin ianya akan diperkenalkan pada Facebook tidak lama lagi, memandangkan ianya semakin berkembang sebagai rangkaian sosial terkemuka dunia. Buat masa ini, Facebook merupakan laman perkongsian nombor satu didunia, meninggalkan Flickr, selain turut menjadi pilihan pengguna untuk berkongsi video. Mungkin tidak lama lagi, Facebook akan memperkenalkan perkongsian dokumen dan audio padanya hasil daripada pembelian drop.io ini.


TIPS & ULASAN