Cari @ Amanz

Jikalau sepatutnya Diaspora patut memperkenalkan servis mereka dalam bentuk alpha yang boleh diuji oleh umum pada bulan ini, kini ianya dilihat yang mereka telah menangguhkan perkara tersebut, dan kini mensasarkan yang mana untuk memperlihatkan ujian alpha pertama untuk laman Diaspora sebelum penghujung November kelak.

Diaspora
Antaramuka Diaspora

Melalui artikel terkini pada blog mereka, mereka memperkatakan yang mana fungsi asas untuk Diaspora sudah pun hampir selesai sepenuhnya. Sekiranya semuanya telah stabil, dan mereka akan memperlihatkan versi alpha pertama mereka kepada semua pengguna dan bukan hanya pembangun sahaja. Buat masa ini, beberapa fungsi telah pun dibangunkan oleh pihak Diaspora, termasuk:

  • Kebolehan untuk menghantar mesej ke Twitter dan Facebook.
  • Fungsi berkongsi semula mesej status yang telah dihantar oleh rakan mereka sebelum ini. (retweet?)
  • Sistem jemputan, untuk menjemput rakan-rakan mereka untuk menyertai Diaspora.
  • Fungsi notifikasi emel untuk permintaan rakan baru.
  • Fungsi data akaun yang boleh dieksport.
  • Pengalaman penggunaan yang lebih mesra pengguna lagi.

Walaubagaimanapun, seperti sebelumnya, para pembangun yang berminat boleh membantu dalam pembangunan Diaspora, dan menyelesaikan beberapa pepijat dan permasalahan yang terdapat padanya, sementara ianya masih lagi diperkenalkan dalam servis untuk para pengguna. Diaspora menjangkakan yang mana mereka akan melancarkan perkhidmatan mereka dalam bentuk ujian alpha menjelang penghujung bulan November kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd