Cari @ Amanz

Facebook diperkatakan yang mana telah menghantar beberapa jemputan media untuk suatu acara khas pada hari Rabu akan datang, dengan tema yang memfokuskan ke arah mudah-alih. Memandangkan yang mana kini ramai yang menghabiskan masa dalam talian menggunakan telefon pintar, mungkin Facebook akan memperkenalkan sesuatu menarik yang berkaitan dengannya kelak.


Jemputan Media Oleh Facebook [via]

Melalui gambar yang diperlihatkan, ianya lebih memperlihatkan kepada panggilan suara. Adakah Facebook akan memperkenalkan panggilan suara atau sembang suara pada Facebook Chat mereka? Ataupun adakah dimana Facebook akan memperkenalkan Facebook Phone seperti mana yang diura-urakan?

Walaupun terdapat pelbagai tekaan buat masa ini, ianya masih lagi tidak pasti lagi buat masa ini. Sebelum ini, Facebook telah mengadakan acara khas pada awal bulan ini, memperkenalkan Facebook Groups yang baru, selain memberikan pengguna lebih kawalan untuk info yang dikongsikan, serta kebolehan untuk memuat-turun data dan informasi daripada Facebook dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd