Kerosakkan Pada Kabel SMW4 Sekali Lagi?

Kerosakkan Pada Kabel SMW4 Sekali Lagi?

Diterbitkan pada Okt 31, 2010 oleh .

Telekom Malaysia telah pun mengumumkan yang mana akan terdapatnya gangguan perkhidmatan internet mereka daripada 29 Oktober hingga ke 2 November disebabkan gangguan pada kabel SMW4 (South East Asia – Middle East – Western Europe), sekaligus menjejaskan pelayaran beberapa web daripada Eropah, Pakistan, India, Bangladesh dan juga Thailand.

TM mengatakan yang mana sepanjang proses pembaik-pulihan ini, akan terdapatnya beberapa gangguan dalam pelayaran web yang dihoskan dinegara terbabit, dari segi kelajuan pelayaran yang sedikit perlahan dan sebagainya.

Sebelum ini, kabel yang sama juga turut sama menghadapi beberapa masalah iaitu, pada penghujung 2008, membawakan gangguan talian internet ke seluruh dunia, dan dua kali pada awal tahun hari itu, iaitu pada penghujung bulan April dan juga pada penghujung bulan Mei.


TIPS & ULASAN