Cari @ Amanz

Sama seperti Facebook, kini Twitter juga turut sama berkembang dengan pesat akhir-akhir ini, dimana kini ianya diperkatakan yang mana Twitter telah mendapatkan lebih 30 juta pengguna baru sejak mereka memperkenalkan antaramuka Twitter yang baru dua bulan yang lepas. Sekaligus perkara ini menjadikan angka pengguna Twitter kini melangkaui 175 juta orang.

Buat masa ini, ianya dilihat yang mana Twitter dan Facebook berkembang pada kadar yang lebih kurang sama, iaitu dengan purata 15 juta pengguna setiap sebulan. Walaubagaimanapun, Facebook masih jauh dihadapan dengan hampir 550 juta pengguna hari ini. Namun begitu, ianya boleh dikatakan Twitter dan Facebook mempunyai tarikan mereka masing-masing, dan kedua-duanya kini memainkan peranan penting dalam dunia rangkaian sosial.

Jadi, sekiranya diberikan pilihan, rangkaian sosial apakah yang anda akan pilih? Adakah ianya Facebook ataupun Twitter?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd