Carian
Twitter Menguji Iklan Pada Aliran Tweet
November 2, 2010 Aman

Akhirnya, kini Twitter mengalah, dan mula menumpukan perhatian dalam menjana wang melalui servis mereka itu. Selepas memperkenalkan Promoted Tweet sebelum ini, kini Twitter mengesahkan yang mana mereka akan mula menguji pengiklanan pada aliran Tweet. namun begitu, ujian awal akan dilakukan pada aplikasi pihak ketiga popular, HootSuite.

Walaubagaimanapun, menurut Twitter, iklan ini disasarkan kepada para pengguna, dengan dimana hanya pengguna yang mengikuti akaun Twitter produk itu sahaja akan dapat melihat iklan daripada pihak tersebut. Ini sekaligus untuk mengurangkan kadar gangguan iklan tersebut untuk para pengguna, disamping pada masa yang sama memberi pulangan besar kepada para pengiklan.

Promoted Tweet
Contoh Promoted Tweet Sebelum Ini

Buat masa ini, iklan ini hanya akan dipaparkan pada aplikasi HootSuite sahaja, dan mungkin akan diperkenalkan kepada aplikasi Twitter yang lain dari masa ke semasa. Mungkin juga sekiranya ianya berjaya, kita akan dapat melihatnya pada laman Twitter.com, ataupun, adakah ianya salah satu cara untuk Twitter mengalakkan pengguna menggunakan laman Twitter.com dengan lebih aktif lagi.


Iklan Pada HootSuite [via]

Komen