Goo.gl Adalah Pemendek URL Terpantas Dan Stabil

Goo.gl Adalah Pemendek URL Terpantas Dan Stabil

Diterbitkan pada November 2, 2010 oleh .

Jikalau sebelum ini, Google memperkenalkan pemendek URL mereka yang tersendiri, dengan memperkatakannya sebagai pemendek URL yang stabil, selamat dan terpantas, nampaknya apa yang diperkatakan oleh Google itu adalah benar. Melalui laman Royal Pingdom yang menjalankan ujian kepantasan pemendek URL, Google mengalahkan hampir kesemua pemendek URL yang lain dengan mudah.

Melalui ujian yang dilakukan oleh Royal Pingdom, mereka mengambil kira keboleh-bergantungan dan juga prestasi beberapa penyedia pemendek URL yang terdapat di pasaran. Pada masa yang sama, mereka juga mengambil kira masa yang diambil oleh setiap penyedia URL itu dalam membawakan pengguna terus ke laman yang sebenar.


Hasil Keputusan Daripada Royal Pingdom [via]

Melalui keputusan daripada ujian tersebut, ianya didapati yang mana Goo.gl hampir 3 kali ganda lebih pantas daripada Bit.ly secara keseluruhannya. Ini mungkin kerana Google mempunyai bilangan pelayan yang lebih banyak diserata dunia. Menariknya, satu-satunya dimana kawasan yang Google tewas adalah di benua Eropah, dimana ianya didahului oleh pemendek URL Is.Gd dari segi prestasi.

Mungkin daripada keputusan ujian yang dijalankan oleh Royal Pingdom ini, ianya boleh diperkatakan yang mana Goo.gl adalah penyedia pemendek URL dengan prestasi dan kestabilan yang mengagumkan. Hal ini berlaku kerana Google mempunyai pelayan dan infrastruktur yang lebih banyak dan terkini daripada yang lain.


TIPS & ULASAN