Cari @ Amanz

Selain daripada iPhone dan beberapa telefon pintar yang lain, kini DiGi turut sama menawarkan telefon pintar daripada Garmin-Asus, iaitu A10, yang mana merupakan telefon pintar dengan skrin sentuh dan diutamakan untuk bernavigasi. Garmin Asus A10 ini boleh didapati bersama-sama dengan DG Smart Plan yang mana turut didatangkan bersama-sama dengan kit kereta percuma.

Melalui Garmin-Asus A10, ianya membawakan kebolehan navigasi GPS yang mana turut sama didatangkan dengan segala kemaskini peta untuk negara Malaysia, Singapura dan Brunei, sekaligus memudahkan para pengguna untuk menggunakannya untuk menjelajah seluruh negara tanpa sebarang masalah. Selain daripada itu, ianya juga turut sama membawakan pelbagai jenis paparan, termasuk paparan persimpangan, serta memperlihatkan fungsi navigasi belokan demi belokan.

Garmin-Asus A10 ditawarkan akan mula ditawarkan oleh DiGi mulai 3 November, dimana para pengguna boleh mendapatkannya pada harga RM499 untuk perjanjian penggunaan DG Smart Plan selama 24 bulan, dan RM749 dengan perjanjian selama 12 bulan. Pelan DG Smart Plan didatangkan dengan kadar panggilan menarik dan juga penggunaan internet tanpa had pada harga cuma RM68 sebulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd