Seperti sedia maklum, Apple sudah pun mulakan pembangunan iPhone generasi akan datang mereka, yang mana dikenali sebagai iPhone 5 buat masa ini. Menariknya, kini beberapa laporan dan ura-ura mula kedengaran mengatakan yang mana iPhone 5 kelak akan membolehkan para pengguna membayar secara elektronik, secara terus melalui telefon pintar iPhone 5 mereka.
Adakah iPhone Akan Menggantikan Kad Kredit? [via]
Untuk menjayakannya, Apple akan mengintegrasikan sebuah teknologi baru dipanggil NFC (Near Field Communication) yang akan membolehkan para pengguna mengubah iPhone 5 menjadi sebuah dompet digital dengan mudah melalui isyarat tanpa wayar yang dihantar ke suatu penerima, sekaligus menolak suatu jumlah bayaran dan memudahkan para pengguna membuat bayaran.
Ianya masih lagi tidak disahkan oleh pihak Apple. Namun begitu, ianya dikukuhkan lagi, dengan persaingan antara Google dan Apple dalam ingin membeli syarikat Boku, sebuah syarikat berasaskan bayaran mudah-alih, membolehkan transaksi dilakukan antara dua perantian dengan mudah.
Teknologi seumpama ini tidaklah baru, memandangkan terdapatnya beberapa syarikat kad kredit telah pun mula menggunakannya. Malah, ianya juga telah digunakan di beberapa negara maju, seperti Korea Selatan dan juga Jepun dalam kehidupan harian mereka, dimana beberapa mesin boleh menerima transaksi menggunakan telefon mudah-alih.