Cari @ Amanz

Memperlihatkan peningkatan penggunaan servis mudah-alih, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kelak akan memperkenalkan format nombor mudah-alih baru yang terdiri daripada 11 digit. Format baru ini kelak akan menggunakan struktur 3+8 berbanding 3+7 yang diguna-pakai sekarang. Format baru ini dijangka akan mula efektif mulai 15 Disember ini kelak.

Selain daripada itu, kesemua penyedia telekomunikasi semasa akan menggunakan nombor berformat baru ini bersama-sama dengan awalan 011, sekaligus menjadikannya sebagai contoh : 011 1234 5678. Walaubagaimanapun, perkara ini tidak akan menganggu lebih 31 juta pengguna sedia ada, memandangkan kedua-dua format nombor telefon mudah-alih akan boleh digunakan, dimana format nombor 3+8 dan juga 3+7 yang digunakan sekarang akan kekal selepas perkara ini diperkenalkan.

Pengenalan 011 ini juga kelak akan membolehkan lebih 99 juta nombor mudah-alih baru digunakan, sekaligus membolehkan penyedia telekomunkasi terus memperkembangkan rangkaian servis mereka. Buat masa ini, salah satu angka awalan yang dikongsikan oleh kesemua penyedia adalah awalan 014 yang mengguna-pakai struktur nombor 3+7.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd